Monday, December 1, 2008

Mocca

Member-member aku ade yang suke sangat lagu-lagu dari group ni. Aku pn layanlah jugak. Tapi dalam banyak-banyak lagu, lagu ni yang terpaling aku suke. Sweet sangat. Hope enjoy it.



Mocca - Hanya Satu

Tahyul Ke Betul?

Dah memeng jelas tahyul tu salah lg mensyirikkan.

Betulke sesetengah perkahwinan bole membawa kemudaratan d sbbkan jin yang di bele oleh nenek moyang kite dulu tak setuju dengan pilihan kite?

Malang betul hidup ni bile jodoh kite tak kesampaian hanye d sebabkan kesilapan orang lain dan terlalu mengikutkan kehendak mahkluk lain yang sbnrnye lebih rendah kemuliaannye drpd kite..



VS

Kusut

Dah lame rasenye tinggalkan blog ni. Sian kat die, kosong.. xde pembaharuan langsung mcm tuan die jgk. Igtkan becuti bole tenangkn fikiran. Tp rupenye makin kusut lg otak ni dengan mcm2 masalah baru yang datang.

Tp mmg.. mcm langit yang xmstnye cerah, hidup kite pn same, xsmstnye indah. Lain yang kite jangke, lain yang jadi. Lain yang kite harapkan lain yang kite dapat. Hidup ni memang selalunye camtu..

Sedih sangat ke aku?...



kalaulah pemandangn kampung aku skrg camni, mungkin tenang ckit perasaan aku. Tapi realitinye sekarang ni kosong cam hati aku jugak. Yang tinggal hanye jerami padi yang kusut2 besepah kt sawah. Makin kusut la aku..

argghhhh..tension lah!!!!!

Friday, October 31, 2008

Sahabat

Entah kenape tibe-tibe je diri ni rasa keseorangan dan jauh dari kawan-kawan. So hargailah kawan yang kite ada walaupan diorang *&^&^%$#$#@....
honestly...I'M UPSET...VERY-VERY UPSET!!



Hayati lirik ini dan dengar betul-betul. Sile tekan lagu di bawah sane untuk mendownload. Terima Kasih.

Sahabat by Aizat

Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir

Chorus:
Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah...

Aizat - Sahabat

Tuesday, October 21, 2008

Budak-budak



actually saje nak expose picture budak-budak ni sebab tengok diorang macam happy. Takde masalah besa yang nak difikirkan. Kakak aku dah bagi pangkat kat diorang. Powerranggers dan powerpuff girl. Adeke?!...

The Pussycat Dolls

Atas permintaan member seperjuangan, aku dengan murah hatinye meletakkan lagu When I Grow Up di dalam blog ini supaye beliau dapat mendengar dan mendownloadnye. Semoge enjoy...

p/s kpd beliau: jangan lupe belanje aku, duwet da banyak tu....



The Pussycat Dolls - When I grow Up

Thursday, October 16, 2008

Danity Kane

vouge gile melodi lagu nih...


Danity Kane - Demage

Britney Spears



Britney Spears - Break The Ice

The Times

Salah satu lagu yang aku suke. harap korang suke jugak..


The Times - Singapura KL

6ixth Sense

Member- member aku ramai yg layan lagu ni. aku pun tak tau kenape. aku rase biase-biase je. mane tau korang layan gak kan. bley la try dengar.



6ixth Sense - Tanpa

Siti Nurhaliza












Siti Nurhaliza - Intrig Cinta
Siti Nurhaliza - Wanita

Tuesday, October 14, 2008

Kami The Movie

13hh 10, petang yg agak bosan...then aku diajak oleh member2 aku tengok cite KAMI. Aku pun setuju jela. Not bad.cite pasal masalah remaje. sume ade masalah masing-masing. Of course la sambungan dari KAMI THE SIRIES. Tapi bile di fikir-fikir balik, buat serabut kepale otak aku je tengok. aku pun ade masalah sendiri what?..

Orang Bandar vs Orang Asli

Bulan lepas aku posting untuk PKM (pendidikan kesihatan masyarakat). Kitorang dapat peluang melawat ke perkampungan orang asli. best, boley tahan. Then tetibe je aku teringat story member aku pasal orang asli ni.
tak tau la sahih ke tak cite ni..kite layan je la...


Org Asli : Orang Bandar kebanyakan semuanya pengotor!

Org Bandar : Eh ! Kenapa pulak?

Org Asli : Yelah,1.orang bandar suka makan ayam kg, ayam kg suka Makan taik manusia, 2. orang bandar suka makan lembu, lembu suka makan rumput yang tumbuh merata-rata bercampur dengan segala macam najis dan dipijak-pijak manusia. tengok kita Orang asli, makan semua jenis yang 'terbang'sahaja jadi, kebersihannya terjamin. Contohnya; Orang Asli suka makan monyet, monyet makan buah-buahan, Orang Asli suka makan Tupai, Tupai makan buah-buahan, Orang Asli suka makan burung, Burung pun suka makan buah-buahan.

Org Bandar : Panas jugak rasa hati ni. Lalu berfikir macamana nak kenakan Pemuda Asli yang angkuh itu. Lalu Pemuda Bandar punbertanya, "Oh!orang-orang awak suka makan jenis yang 'terbang' sajalah ye..? Kalau macam tu 'HELIKOPTER' makan tak?"

Org Asli : Terbang tak?

Org Bandar : Oh terbang....

Org Asli : Makan sikit-sikit!

Org Bandar : ????

Nak Kurus

Berat badan aku naik lagi!!
arrgghhh..kene diet la camni..
aku pun try makan dengan banyakkan sayur dan kurangkan nasi..
tp bile balik dari food court je aku melantak jajan sampai 1 balang...cemane tu??
kat sini ade tips kurangkan berat badan..
aku belum mampu nak ikut..
buat mase ni aku mampu bace dan kongsi ngn korang je.
mane tau berkesan untuk korang ke..haha

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

1. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

2. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

3. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

4. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu.

5. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis. Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

6. Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini, iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya. kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

7. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba.

8. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

Monday, October 13, 2008

Mahsuri Bukan Suci Tapi Hyperlipidemia


Hmm....tadi aku tengok sampel darah yang br diambil,tp darah tu ada 2 lapisan. putih kat atas, merah kat bawah..ala2 macam lapisan minyak ngn air la..then patient suspected hyperlipidemia disease..
so kesimpulannye mahsuri hidap penyakit yang same sbb diorngkan sebok kate darah mahsuri tu warne putih.

betul tak?

*tiub : darah yang baru dialirkan dari badan dan dimasukkan ke dalam beg darah
*beg 1: darah yang daru dimasukkan. warne pink pekat, bukan warna merah darah normal
*beg 2: darah yang dah 3jam dibiarkan. darah warna merah mendak di bawah. selebihnya
lemak di bahagian atas
*hyperlipidemia: tinggi lemak dalam darah

Introduction


aku teringin jugak nak ade blog sendiri. Tapi tak reti nak buat, so aku simpan jela angan-angan aku tu dalam peti buruk belakang rumah.

Tak sangke pulak impian aku yang ala-ala suam kuku ni tercapai juga akhirnye..tu pun dengan galakan dan sokongan tutor-tutor aku..

my tutor..haha
rupe-rupenye tak lah sesusah yang dijangke...
thanks a lot my bro...pic salah sorang tutor aku...