Tuesday, October 14, 2008

Orang Bandar vs Orang Asli

Bulan lepas aku posting untuk PKM (pendidikan kesihatan masyarakat). Kitorang dapat peluang melawat ke perkampungan orang asli. best, boley tahan. Then tetibe je aku teringat story member aku pasal orang asli ni.
tak tau la sahih ke tak cite ni..kite layan je la...


Org Asli : Orang Bandar kebanyakan semuanya pengotor!

Org Bandar : Eh ! Kenapa pulak?

Org Asli : Yelah,1.orang bandar suka makan ayam kg, ayam kg suka Makan taik manusia, 2. orang bandar suka makan lembu, lembu suka makan rumput yang tumbuh merata-rata bercampur dengan segala macam najis dan dipijak-pijak manusia. tengok kita Orang asli, makan semua jenis yang 'terbang'sahaja jadi, kebersihannya terjamin. Contohnya; Orang Asli suka makan monyet, monyet makan buah-buahan, Orang Asli suka makan Tupai, Tupai makan buah-buahan, Orang Asli suka makan burung, Burung pun suka makan buah-buahan.

Org Bandar : Panas jugak rasa hati ni. Lalu berfikir macamana nak kenakan Pemuda Asli yang angkuh itu. Lalu Pemuda Bandar punbertanya, "Oh!orang-orang awak suka makan jenis yang 'terbang' sajalah ye..? Kalau macam tu 'HELIKOPTER' makan tak?"

Org Asli : Terbang tak?

Org Bandar : Oh terbang....

Org Asli : Makan sikit-sikit!

Org Bandar : ????

No comments: